HOTEL TANPA BINTANG(LAWAK)



Sepasang suami isteri telah menginap di sebuah hotel pusat peranginan terkenal. Keesokan paginya, ketika mahu keluar hotel, pasangan itu dikenakan bayaran sebanyak RM300.
“Hah?? Ini kadar hotel lima bintang.!!Awak tak salah kira ke..??”  Tanya si suami kerana terkejut. Kerana tak berpuas hati, si suami minta dipanggil pengurus hotel dan membantah dengan harg
Setelah mendengar, pengurus hotel berkata : “Hotel ini dilengkapi dengan kolam renang bertaraf antarabangsa, ruang persidangan dan pelbagai lagi hiburan yang semuanya bertaraf antarabangsa.”
“Tapi kami langsung tak menggunakan segala kemudahan tersebut..” kata si suami berkeras.
“Itu salah encik sendiri. Kemudahan itu disediakan untuk dimanfaatkan pelanggan,” kata si pengurus tidak mahu kalah. Setelah termenung sejenak, si suami membuka dompetnya, mengeluarkan RM50 dan menghulurkannya kepada pengurus tersebut.
“Ini baru RM50.!” Kata pengurus hotel.
“Baki RM250 tu saya dah bayar…iaitu saya relakan encik tidur dengan isteri saya.” Kata si suami.
“Tapi.. Saya tidak tidur dengan isteri encik…” jawab si pengurus bengang.
“Itu salah encik sendiri, ia sudah tersedia semalaman, kenapa tidak dimanfaatkan.?” Jawab si suami sinis sambil memimpin tangan isterinya dan berlalu pergi. Huhuhuhu…………